October 14, 2012

Mak Mertua Saya, Mak Awak La…

Assalamualaikum geng…

idea untuk entri aku ni sebenarnya terilham dalam kepala otak aku lepas aku penat berjalan-jalan di blog Aesya Zealous yang femes ames tu? takkan korang tak kenal kot…? ala… cikgu howt yang jadi kegilaan budak-budak sekolah tempat beliau mengajar tu. (mampos aku kalau beliau terbaca. hohoho…)

ok. cerita ni dah lama berlaku. pasal sepasang suami isteri yang tengah berjalan-jalan kat ibu kota. si isteri nampaknye memang tengah bengang gilak dengan si suami… mungkin sebab asyik buat lawak bangang & cakap menyakitkan hati je. si suami pulak asyik tergelak je tengok muka masam mencuka non-stop si isteri. entah camne, tetiba si suami terperasan dan ternampak la sorang nenek India tengah berjalan depan dorang. dalam kepala otak si suami yang ‘terlebih’ cerdik tu pon timbul la idea nak troll si isteri lagi.

strip 1

strip 2

memang nasib kau la kan si suami? sape suruh kacau si isteri yang tengah bad mood. kan lawak dah makan diri sendiri balik… dan aku perasan si anak dok gelak sakan kat si bapak. kalau aku pon konfem aku gelak guling-guling macam bola boling atas jalan tu. muahahahaha~

********

* tapi bila aku teringat balik peristiwa tu, musti aku akan tergelak sorang-sorang.

* entri asal : kaulah kawan baik aku !

* entri ni takde kaitan dengan sedare-mara, mahupon ahli keluarga aku. kalau ada pon, mungkin berlaku secara tak sengaja. dan takde niat aku nak menghina mana-mana kaum ataupon bangsa.

Haryz Khairuddin sign (8)

10 comments :

Miss Volvo said...

tak kenal huhuuu..tak tipu sbb mmg btl tak kenal :P

Haris Khairuddin said...

@Miss Volvo
so pasni musti dah kenal kan? dah terjah blom blog beliau??

Uncle Jonni said...

owh... kesian makcik india tu.... mangsa keadaan...kehkehkehkeh

Aujinz said...

haaaa.. hambekkk.. kan dah kena batang hidung sendiri.. koh koh koh

ayie zaharuddin said...

kenape makcik india tu pakai bunga? hahaha

ni reply kt blog aku: hahaha bagus ar dah standby atas katil. jangan jatuh sudah. hahaha..ni kat kellie's castle, batu gajah.

Zie Madini said...

hahaha...padan muka kena sebijik dgn isteri :D

Haris Khairuddin said...

@Uncle Jonni
tu la..x memasal jadi mangsa keadaan. hoho.. ;p

@Aujinz, @Zie Madini
jangan kacau isteri yang tengah bengang.. risiko dia anda tanggung sendiri. huhu.. ;D

@ayie zaharuddin
tu ko kena tanya makcik tu.. aku sendiri pon xtau jawapan dia. tapi memang maakcik tu ada pakai bunga warna putih kat rambut dia..

ayie zaharuddin said...

^like. hahaha

nini said...

hahahaha...nak pekena orang berhati2...sebab orang cool ni dia tau nak balas balik...-=p

Haryz Khairuddin said...

@nini
sama ada orang kool atau dah lama simpan geram..? ;P