September 18, 2012

Pandainya Bagi Nasihat, Tapi Bila Kena Batang Hidung Sendiri…???

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

funny

betul tak? kita kadang2 dalam memberikan nasihat, pergh…!! udah macam pakar rotibasi motivasi yang selalu kuar kat tibi tu. cakap berdegar2 x mau kalah. rasa2 macam semua yang dicakapkan betul belaka. tepat semata.

tapi, bila kena tang batang hidung sendiri… apa macam? bila orang mula bersuara bagi pendapat, ditengkingnya suruh diam. katanye orang sekeliling tak paham apa yang bergolak dalam hati dia. mulalah menyalahkan keadaan, orang sekeliling, diri sendiri… sampaikan ke tahap menyalahkan takdir Ilahi.

kesan daripada buat macam ni aku rasa takyah la explain panjang lebar. korang sendiri dah buleh bayangkan. apa perasaan orang sekeliling yang mendengar. especially orang yang tengah diceramahkan tu. betul tak?

********

* pertama-tamanye entri ni ditulis bukan bermaksud nak menyindir sesiapa. takde maknanye aku buat macam tu. diri aku pon bukannye betul. senget semata. hohoho~

* hanya peringatan untuk diri sendiri. tersangat2 takut kalau terbuat perkara serupa. tapi, kadang2 tu tergelincir jugak kan? so, harap maaf la ye.

* kalau betul pon ada manusia2 macam ni kat luar sana, tak ramai mana sangat kan? kan? tak ramai mana pon… kan? tapi kalau terjumpa sekalipon dengan spesis camni, pandai2 kita la bawak diri.

* seronok kan bila ada sahabat2 yang tersangat prihatin dengan keadaan diri kita. yang dapat menegur kesilapan n keterlanjuran kita dengan cara yang sangat berhikmah n tak mengaibkan kita. lepas tu kita dilayan seolah2 kita tak pernah buat salah sikitpon sebelumnya.

good advisor

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

HK sign (5)

7 comments :

Anonymous said...

Nasihat yg ikhlas umpama jambatan menjalin ukhuwah..

ainraus said...

kadang-kadang kita berharap, apa yg kita nasihatkan org, kita boleh buat bila kita ada dalam situasi yg sama.

Nick Nashram said...

kadang2 kita ni cepat melenting bila ada orang bagi nasihat.
mungkin ada yg rasa "im always right, never make a mistake" atau pun "you dont understand my problem".
memang la orang lain tak rasa masalah kita tapi at least be open minded la kan bila ade org bagi nasihat.
terima ke tak belakang kira.

Haris Khairuddin said...

@ainraus
sememangnya itu memang harapan kita. tapi, dah dikatakan ujian kan? lain orang lain lah cara menyelesaikannya.. *rasanye la kot..* ;p

@Nick Nashram
dah lumrah manusia. tapi itu yg mewarnakan kehidupan kat dunia ni.

Haris Khairuddin said...

@Anonymous
sememangnya begitulah.. apa saja yg dibuat ikhlas akan dinilai di sisi Allah. ;D

kay_are said...

salam.. first time sini.. aku pun selalu bagi nasihat dan so aku ngaku =P ape pun nasihat yang termampu je jangan hiperbola sangat r.. huu

Haris Khairuddin said...

@kay_are
betul. nasihat menasihati tu memang penting. ;D