July 15, 2012

Mintak Nyawa… Mintak Nyawa…

Assalamualaikum kawan2 dan geng bas sekolah semua. apa khabar hari minggu korang?

diam tak diam, dah 2 minggu rupanye aku berpraktikal di syarikat giligasi (gergasi ker???) kat area shopping mall ni… kan? walaupon ada masa kerja datang tanpa hentinya n bertimbun2 (bukan untuk aku sorang je tapi kat semua pekerja2 senior team aku jugak), tapi… ada jugak masanya sampai takde kerja langsung. (membohong la takde kerja kan, bangkrap la jawabnya syarikat tu kalau dah takde kerja.) sampai aku jadi buhsan menghadap kat skrin kompite tapi tak tau nak buat apa. nak bukak fesbuk n twitter, dah kena blocked pulak. n bila tanya dengan supervisor, dia pon tak tau nak bagi kerja apa kat aku.

exhaustedtapi yang aku peliknya, even tak banyak kerja yang aku buat sampai ke petang, still aku tetap akan rasa penat yang melampau. walaupon tak sepenat masa time aku study dulu. dulu masa study memang la penat menghadap buku je kan…? kan…? tapi masih ada energy lagi nak berjimba sakan. nak berjogging ke. tapi time kerja ni aku rasa lain macam. rasa exhausted. penat sangat2. bila balik kerja je rasa nak terus pegi cari tilam, hempas badan sampai bunyik nak patah katil (bukan disebabkan badan aku yang makin tough)… pastu terus lena diulit mimpi.

makanya, walaupon idea dalam kepala otak aku agak banyak nak dikeluarkan n diisi dalam blog ni… tapi disebabkan kekurangan tenaga sebab tak makan biskut tiger biskuat, aku terpaksa memilih antara dua… tido @ mengupdate blog.

jadinya, sampai kita berjumpa lagi. sekian. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dapat terbang juga (sebab berkapel dengan sugar glider).

(marah la orang2 dpb dekat aku tengok peribahasa ni. hik hik hik…)

********

* aku bukannya tak bersyukur dapat tempat internship yang ohsem macam tu. aku seronok sebenarnya. ye la… mana nak dapat kan internship dekat dengan shopping mall. selalunya orang pergi shopping mall sekali sekala, tapi aku pergi haghi haghi… cumanya, mungkin badan aku masih tak dapat adjust lagi dengan kondisi sekarang ni. insya Allah, lama2 ok la kan?

* aku sangat respek dengan orang2 yang dah bekerja ni. (yang curik tulang, yang tak buat kerja, yang mengulor sepanjang hari dikecualikan. hohohoh…) sebabnya… evendoh dah seharian letih buat kerja, mana nak kejar datelinenya, kena marah dengan boss n customer, dengan traffic jammed lagi, but then esoknya diorang masih lagi gagah pegi kerja n mengahdap benda yang sama. bukan untuk sehari dua, but for the rest of their life. sampai diorang pencen. (n aku pon akan hadapi benda2 tu tak lama lagi… oh God.)

HK sign (9)

7 comments :

ParkAir said...

Memang kalau dok saja2 pun badan jadi lesu.... nanti kau cari kerja harap2 dapat tempat yang ko suka persekitarannya. bukan sekadar g keje balik keje, cukup bulan dapat gaji..

blog-tips-kurus said...

bodi kamu sedang mengalami culture shock tu..

*kena gigih kerja sebab nak bayo PTPTN, hutang umah, banyak komitmen maaa... :)

haryzkhairuddin said...

@blog-tips-kurus
mungkin la kot. badan terkujut sekejap. any tips..??

vendoline said...

takleh blah ayat...evendoh.hahahaa
hurmm bosan kot wat bnda sama

haryzkhairuddin said...

@Edy Fee
apa leh buat. dah nama pon keje kan? kena la hadapi dgn tabahnye. hohoho.. ;p

Aujinz said...

kih kih kih... jangan bagitau orang lain.. tapi aku ade patung penguin tue dalam kereta... besarrrr punye.. koh koh koh

haryzkhairuddin said...

@Aujinz
ok bro..rahsia tu aku sorang je yg tau. hahaha~ ;p