June 22, 2012

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata… Sendiri Pikir La.

Assalamualaikum n salam sejahtera bloggerians semua (haha… memandai je aku bagi term tu).

habis sudah semua exam aku…! hoyeah!!! ooopsss… tersasul pulak. sepatutnya kena la ucap, “Alhamdulillah.” (ekceli hari selasa hari tu dah abis. tapi baru la ni terbukak hati nak update.) evendoh agak kabur n kelam masa depan rasanya mengenangkan jawapan2 yang aku tulis ari tu. tapi… nak buat lagu mana kan? nak merayu sembah sujud kat lecturer yang bagi markah pon dah takde gune. kertas jawapan dah siap kena pangkah besar2 dah pon sekarang ni. dah takde benda buleh ditolong lagi. tinggal sekarang ni masa untuk meronggeng je… weeehuuu~ (haha… banyak la ko punye meronggeng. keje dah banyak bersusun tu, tunggu nak disetelkan je. haish…)

*******

ada masanya, apa yang keluar dari mulut aku ni disalah-ertikan. ada yang tersinggung perasaan dengan tutur kata aku. ada yang terasa hati dengan lawak2 tak kelakar aku. n ada yang ‘makan dalam’ dengan percakapan jujur a.k.a sindiran2 aku. tak campur lagi dengan perasaan bengkek (bengang kot) dengan perangai aku kan? tapi, nak buat macam mana kan… dah mungkin camtu cara aku dibesarkan. (nak salahkan didikan mak bapak pulak. hehehe…) atau mungkin aku terpengaruh dengan persekitaran. (ye la, banyak sangat kan anasir2 luar yang tak berapa nak sihat.) atau mungkin jugak memang sebab silap aku sendiri. (tapi normal la kan, manusia mana yang tak buat silap.)

dalam kebanyakan masa, ada jugak kawan2 n orang2 kat sekeliling aku yang tersalah tafsir nada percakapan aku. ada yang kata aku cepat naik marah. ada pulak yang kata kenapa aku suka menengking (menjerit)? ekceli guys, I’m not a bad-tempered toby person. dah memang Tuhan jadikan volume suara aku besar. kotak suara aku ni pon bukannnye boleh adjust macam volume radio tu. so, harap faham la kalau aku terkuat suara pasni kan. mungkin sebab aku ter-over-eksaited kot. (macam lecturer aku pernah cakap… sebab suara dia pon memang macam guruh.)

jadinye… kepada kawan2 aku yang memang terasa hati dengan semua yang aku highlightkan kat atas nun, aku nak mintak ampun, mintak maap kat korang banyak2. aku harap takde yang simpan dalam hati. (dalam jantung, limpa, peparu n perut pon taknak jugak. huhu~) aku tak berniat pon nak sakitkan hati korang semua. tak kira la ahli keluarga aku ke, kawan2 rapat aku ke, kawan2 aku ke… hatta orang2 yang tak berapa ngam dengan aku sekalipon.

*******

own purpose

*******

terjumpa buku ‘Tuhan Sedang Menguji Kita’ hasil curahan ilmu dari Ustaz Muhammad Kazim Elias al-Hafiz n diterbitkan oleh Karangkraf. makanye aku pon terbeli la jugak. n sekarang dalam proses mengkhatamkannya n cuba mengaplikasikannya. moga2 terserlah manfaatnya dengan izin Allah SWT. insya Allah… (korang pon patut dapatkan satu. aku baru je baca tapi macam seronok pulak. tak sabar nak baca sampai penghujung buku.)

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (7)

2 comments :

Edy Fee said...

kalau dh volume suara bsar..kene la kepit2 sikit.hehe

Haris Khairuddin said...

@Edy Fee
dah habis kepit la ni, tapi kadang2 terlepas jugak.. huuhu~ ;p