June 4, 2012

Selamat Kembali Dunia… Bloggingku.

Assalamualaikum geng bas sekolah semua… apa atas (what’s up)???

1. lepas lebih sebulan rumah kedua aku ni berpuaka bunga tanjung tak berpenghuni, akhirnya aku bukak n masuk balik dalam rumah ni. hohoho… gua kangen sama kamu. hahaha… dan biasak la kan, bila dah lama sangat tinggalkan rumah ni… malas pulak rasanya nak start penuhkan balik isi dalam rumah ni. nak bersihkan habuk n sarang labah2 yang dok penuh bergayut2 kat rumah ni. tak gitu?

2. laptop yang aku guna sekarang ni adalah hasil pinjaman dari kakak aku. n last month, beliau ada kerosus (kursus) selama sebulan. lama gila kan? biasa la… orang gomen, memang macam tu. so, tu sebab aku x berdaya nak updet. (haha… alasan kemain.)

3. akhir bulan mei lepas, time tu budak2 dah mula nak cuti sekolah kan? so, aku n family (padahal mak n kakak aku je) telah di‘invite’ ke majlis kawin kazen aku kat gelang patah, johor bahru. (tu dia… jauh kemain. kitorang pergi pon sebab family pengantin dah ajak untuk ikut menghantar pengantin lelaki je. kalau saje suka suki pegi, memang tobat kitorang takkan pegi. jauh woo…) tapi on the way tu, sempat gak kitorang singgah kat KLUANG. (cuma tak sempat jumpa keluangman je). sebab nak pekena kopi spesel dorang… ‘Kluang Rail Coffee’ nama beliau. ramai yang kata kopi tu faymes. 1 mesia dah tahu. (orang kluang, sila komen. betul ke stetmen ni?) pastu pekena pulak ‘Cendol Bakar’. (kau mampu nak bakar cendol tu… tapi hasilnya still sama dengan cendol mamak tepi jalan yang kau selalu minum @ makan tu?) tapi tu la specialty Cendol Bakar tu. (pada yang dah tau, sila diam… hahaha.)

4. sekarang ni dah masuk balik musim yang akan buatkan semua student U akan pening kepala, migrain, pitam n the worst case… ada yang jadi Hulk. sebabnye… nilah masanya lecturer2 nak perdajalkan budak2 beliau. (kepada pensyarah2 saya, saya hanya bergurau kasar saja. tak terniatpun nak berfikir camtu. haha…) yup. dat’s rite. musim final exam. so, di akhir musim ni… akan ramai lagilah budak2 U yang akan evolve jadi pandamaran. so, kepada yang akan duduki final exam… aku ucapkan “Selamat Menghadapi Kertas Peperiksaan Korang!!! Buat Yang Terbaik!! Kalau Tak Buleh… Usahakan Sampai Buleh!” (jangan buat2 lupa, hang pon ada paper nak kasi setel jugak.)

5. tu je lepas sebulan aku memeram idea. last2 semuanya dok ilang lesap jadi asap. tu yang makin malas nak updet. (haha… takyah dok gebang la. hang memang pemalas, cakap je la…) ok, sekian.

be thankful

********

HK sign (5)

No comments :