June 7, 2012

Pelanduk Satu Serupa…? Pokemon Apakah Itu!?

Assalamualaikum korang semua…

kelmarin dulu ade la kawan aku bagitau kat aku, katanya beliau nampak aku tengah dinner kat kafe hostel beliau. aku dengan penuh konfiusnye tanya la balik, betul ke yang dia jumpa tu aku? betul ke dia tak salah tengok orang? sebabnye aku memang dah lama gile x jejakkan kaki kat kafe tu. kali terakhir aku pergi ade la waktu zaman penjajahan jepang dolu. (nampak benor nipunye… ko dah hidup ke time tu?)

tapi beliau sungguh-sungguh cakap memang dia nampak aku kat kafe tu. kata beliau, bukan mirip-mirip lagi… dah macam pelanduk satu serupa dah. (eh… bukan pelanduk dua serupa ke?) cumanya beliau segan nak tegur. takut tersalah orang. kang tak pasal-pasal sebulan tak turun kafe… sebab nak kaver malu.

makanye… disebabkan kenyataan kawan aku tu, sampai sekarang aku masih tertanya-tanya… siapakah pokemon misteri yang kawan aku tu nampak? sebabnye, memang sohih dan terang lagi bersuluh aku takde kat tempat kejadian waktu berlakunye kejadian tersebut. cumanye, aku takde alibi je yang dapat buktikan ketidak-beradaannya aku kat tempat kejadian tersebut. (unless kalau driver-driver ‘berhemah’ mesia kat atas jalan time tu sudi buktikan… huhu.)

siapakah beliau…? (can anyone help me solve this mystery…?) sebabnye setau aku, mak aku tak pernah pulak citer aku ada adik kembar time lahir dulu. n aku konfem-konfem takde bela ‘haiwan belaan’. n pokemon pulak hanyalah suatu dongengan bebudak nippon (jepun). jadi… adakah ianya suatu misteri…? atau sekadar fantasi?

sekian, trimas.

dua serupa mungkin macam ni kot pelanduk satu serupa tu? hohoho… XD (ok, ignore this silly joke.)

*******

* nak cakap banyak pon tak guna. anggap je la makhluk tu sekadar sekor pokemon yang berkeliaran dekat bandar ni.

* best jugak kan ada orang muka sama ni. lagi best kalau beliau sorang genius. buleh la mintak tolong beliau jawabkan paper-paper final exam aku. hoho…

HK sign (10)

2 comments :

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

dalam dunia ne ada 7 orang muka yang sama ngan kita.. kat mane la pulak orang yg same muka ngan aku ek.. kt eropah or afrika :)

Haris Khairuddin said...

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
kalau camtu, mau dekat 70org la kot org muka sama dgn aku ni.. huhu~
tapi, aku x kesah..buleh create 1 batalion. clone army.. hohoho.. XD