June 9, 2012

Aku Demam Lagi…? Maksudnya Exam Aku Dah Dekat La Tuh.

Assalamualaikum geng…

studyingmacam yang aku tulis kat atas tu, ada dua benda aku nak habaq kat sini. yang pertamanye… macam yang korang sedia maklum, starting minggu ni dan minggu depan dan minggu depan dia lagi, universitas aku tengah adakan minggu exam secara besar-besaran. (macam event apa je kan? tapi… kalau nak ikut, memang pon event rasmi universiti aku. even universiti-universiti seluruh dunia pon konfem ada exam weeks dorang kan? jangan nak membongak kalau korang kate takde exam.) dan korang jangan tanya nape lambat sangat kitorang exam? orang lain dah lama abis, kitorang baru nak mula? kang melayang je lempangan tak berbayang aku nanti… hohoho~

cold yang keduanye, aku perasan setiap kali aku nak jawab exam aku, atau dah nak dekat dengan exam aku… musti aku akan demam dulu. tak kisah la berapa hari pon… yang penting musti demam punya. dari aku sekolah rendah dulu kot. tapi… aku nak jelaskan kat sini. bukanlah aku tak terima demam ni untuk attack aku… ye tak? siapa la aku nak tolak kalau Allah nak bagi demam ni kat aku… kan? aku terima je. dah nama pon hamba kan? cumanye… yang aku nak khabar kat sini, badan aku ni macam ada controller. bila dah nak exam je, badan aku akan adjust steady-state error badan aku untuk aku tetiba demam. (saper amek control engineering tau la kot.)

jadinye, aku seperti kawan-kawan blogger mahupun realiti aku yang lain… mengharapkan agar exam aku kali ni dapat dijawab dengan lancar dan tepat. biar semua perkara dapat setel dengan jayanya. n aku jugak mengharapkan doa kalian semua. doakan aku berjaya dengan cemerlang untuk exam kali ni. (orang kata kalau 40 orang doakan benda yang sama, insya Allah makbul doa tu. so, apa tunggu lagi guys? doakan aku n kawan-kawan aku moga berjaya jawab exam kitorang nanti.) ;D

sekian.

********

* bukan aku tak bersyukur diberi demam, hanya  nak bagi tambah perisa je dalam entri kali ni.

* even setiap sem konfem aku kena jawab final exam, tapi still… perasaan nebes ni takmo hilang. (Ya Allah, berilah aku kuat daya hafalan dan ketenangan jiwa bagi menghadapi salah satu ujian duniaku ini. Aaaamiiin…)

HK sign (6)

6 comments :

haifa_aniqah said...

syafakillah, insyaAllah kejayaan ubat dari NYA

armouris said...

terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Mudah Redakan Panas Demam

Haris Khairuddin said...

@haifa_aniqah
insya Allah...n moga terhapus dosa-dosa kecil atas sebab demam ni. syukran atas doa. ;D

@armouris
thanks for the info. rasa dah kurang sikit. sbb minum air banyak2.

Iffah Afeefah said...

dmm exam?

ade lg eh

Haris Khairuddin said...

@Iffah Afeefah
mungkin kes2 terpencil je kot.. huhu. ;p

Elih Japahar said...

Demam exam? haha...biasalah tu