April 9, 2012

Lihatlah Betapa Baiknya ALLAH…

Assalamualaikum korang. sebelum korang semua bising, baik aku ngaku siap – siap… aku memang dah lama tak ngapdet blog ni. hampir sepurnama jugak kot… dah lama terbengkalai buatkan aku jadi takde mood pulak nak bukak. huhuhuu~

tapi baru – baru ni aku terjumpa satu doodle yang sungguh kiut – miut. jadinya aku terasa la nak mengongsi dengan korang semua. (aku  dah edit sikit – sikit lukisan asal tu… tapi mesej dia tetap sama.) jom layanz sekejap~

baiknya Allah

********

* kadang – kadang kita terlupa… dan kadang – kadang kita terlepas pandang. sebab kita terlalu sibuk merungut dan mengeluh tak puas hati dengan rezeki yang ALLAH bagi dekat orang lain. sedangkan rezeki dan rahmat yang ALLAH bagi dekat kita sentiasa melimpah – ruah.

* seboleh mungkin, amik masa sekejap untuk renung ke dalam diri… timbang dan nilai apa balasan yang kita dah buat untuk setiap kebaikan yang ALLAH berikan?

* memang kalau nak hitung setiap nikmat yang ALLAH kurniakan kita takkan mampu nak hitung. sebab terlampau banyak yang ALLAH dah bagi. jadi korang pikir – pikirla sendiri…

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (10)

3 comments :

mieza said...

kte memg selalu abaikan sesuatu nikmat, smpai laa satu ketika nikmat tu di tarik baru laa tersedar..

Edy Fee said...

betul3....
hurmm cume kdg2 kita yg lupe dia time gembira

Haris Khairuddin said...

@mieza
jgn samapai masa tu pon nak abaikan sudah.. ;)

@Edy Fee
tu tabiat manusia.. bila senang lupa, bila lupa merayu..