December 31, 2012

Disebabkan Keluhan Mak Cik KiRAN & Pak Mat DOM, Maka Tercetuslah Random Updates…

Assalamualaikum warahmatullah geng bas sekolah semua. salam sejahtera. howdy-do?

1. dah berminggu-minggu berhari-hari aku tak updet blog. sebabnya… setiap kali aku bukak blog, tetiba je idea dalam otak aku kena sembelit. susah gilak mau keluar. lagi hazab sembelit idea aku tu bila aku tekan butang ‘New Post’. malangnya, bila aku shut down je laptop, dan-dan time tu jugak la baru nak mencurah-curah idea datang. macam orang kencing tak lawas pula. mencurah-curah bagaikan air terjun Niagara. (kenapa entri aku berbaur unsur-unsur kurang senonoh ni? dah la nak tutup kalendar tahun 2012. haih…) idea-idea nak tulis entri ni pon aku conteng-conteng dulu atas kertas, lepas aku dah shut down laptop. makanya, terpaksa la aku buat dua kali kerja. tapi, takpe… asalkan aku puas dan dapat updet balik semula blog aku ni. hoho~

2. semenjak kebelakangan ni, mood aku selalu waver. kejap je naik tapi selalu sangat turunnya. tambah pulak aku asyik dok sibuk terpikir segala macam kenangan pahit dan memori silam (eiceh… dah nak tutup buku lama kan?) yang tak best dolu-dolu. rasa menyesal sangat-sangat sebab pernah buat semua benda tu. (ditegaskan kat sini, aku takde la sampai buat benda-benda yang tak senonoh & melampaui batas. setakat pedajal kawan, cakap tak pikir panjang sampai orang kecik hati berbulan-bulan, buat lawak kasar yang tak lawak langsung dan tak fokus dalam hidup. tu je…) tapi, bila dipertemukan dengan ayat al-Qur’an dari surah al-Hadid, terasa damai dan tenang balik qalbu ni. nak tau ayat apa…?

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di Bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan ingatlah, Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, lagi membanggakan diri.

(Surah al-Hadid : ayat 22 & 23)

3. ada sorang kawan aku ni (memang betul ni kawan aku punya citer. bukan aku sendiri tapi malu nak ngaku)… beliau suka sangat-sangat compare diri beliau dengan orang lain. unfortunately, not in a good way. dan bila dah compare tu, maka mula la beliau nak rasa down. pastu kutuk-kutuk diri beliau. sampai aku naik rimas nak dengar (nasib baik aku tak sampai kena nyanyi lagu Rimas tu). last-last aku bagitau kat beliau… “Why must you compare yourself with others? Don’t you know that each one of us is unique… in our own way? There’re no 2 people alike. Even twins will have different characters. All you have to do is be YOU! Embrace you strengths… your positive qualities. At the same moment, overcome your negative values. It’s not that easy, I know, but nothing is impossible… right?” bagi aku ada beberapa perkara yang kita buleh compare dengan orang lain, dan ada perkara-perkara yang kita dilarang. sebab takut bukan kita salahkan diri sendiri, tapi menghina ciptaan Allah. sebabnya, kita anggap Allah tak reti nak cipta makhluk DIA dengan sebaik-baik kejadian. nauzubillahu min zalik…

4. baru setel mengecat pintu rumah aku semalam. tu pon nasib baik hanya 1 daun pintu je. kenapa nasib baik? sebabnya, aku terpaksa habiskan lebih 7 jam semata-mata nak menyempurnakan tugasan aku tu. (ye… orang lain mampu siapkan lagi cepat dari aku. nak buat camne, aku noob lagi dalam bidang mengecat ni. nak bagi kemas cat tu bukannnya senang.) dan aku tersangat exhausted semalam. siap dah nak give up lagi. tapi bila kenangkan aku nak buat surprise dekat mak aku, aku kuatkan jugak semangat dan gagahkan jugak usaha aku untuk sambung semula mengecat. sebab idea nak tukar warna cat pintu rumah adalah idea mak aku.
dan bila tengok hasil kerja aku tu, buatkan aku terpikir pasal pekerja-pekerja buruh binaan. ekceli aku lagi kagum sebenarnya… dari mana dorang dapat tenanga dorang tu? nak siapkan kerja-kerja yang bapak lagi penat dari yang aku siapkan semalam. adakah dorang minum kopi Super Power…? atau mungkin dorang minum Ali Cafe…? atau sememangnya dorang adalah makhluk Super saiya yang bersembunyi di Bumi…? (hohoho… aku dah mula merepek balik.)
ok, balik ke topik asal. mungkin korang ada yang taktau kenapa aku terpaksa habiskan banyak masa untuk siapkan hanya sebuah pintu? agak-agak korang berapa layer diperlukan untuk tukar…

dark and white front door maunya tak berlapis-lapis dan berjam-jam aku kena cat? nak tukar dari warna dark coklat ke warna putih. kalau tak betul catnya dan tak tebal lapisan dia, memang bercapuk la warna cat tu kan?

5. bila aku dok perhati kipas-kipas susah mati kelab bola sepak, aku jadi ‘kagum’ dengan dorang. sebabnya, dorang mampu menghafal setiap nama pemain kelab bola sepak yang dorang sokong. sekali dengan nama pemain kelab bola sepak yang dorang tak sokong. dan tahu setiap updet terkini kelab dan pemain kelab masing-masing. setiap profail, skill, posisi dan pencapaian para pemain dah tersimpan dalam hard drive otak masing-masing… dengan detailnya. dan kebiasaannya, setiap keputusan perlawanan kelab yang disokong, sama ada kalah atau menang akan mempengaruhi mood harian masing-masing.
cuma yang aku musykilkan… adakah effort yang sama ditunjukkan dalam memahami Islam? untuk mengetahui dengan sirah yang shahih perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan kalimah tauhid? dan kisah hidup para sahabat RA dalam usaha mereka menyebar-luaskan dakwah yang tergalas di atas bahu mereka.
jadi, adakah kesungguhan yang sama diletakkan dalam kedua-dua urusan ni? dan aku tak cakap perangai kipas-kipas susah mati kelab bola sepak semuanya sama macam tu. mungkin hanya sekelumit je… dan apa yang aku cakap ni pon berdasarkan pemerhatian aku samata-mata. sebabnya bagi aku, kalau kita mampu put a lot of effort dalam urusan dunia yang macam ni, mungkin kita buleh tunjukkan effort yang sama untuk urusan akhirat kita jugak… betul tak? tempat yang akan kita tuju suatu hari nanti. untuk kita berehat buat selama-lamanya… atau diseksa selama-lamanya?

sekian… assalamualaikum.

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

********

* aku admit entri ni ada unsur-unsur skeptism. maaf kalau ada yang tak sependapat. terutama untuk point yang terakhir. sekali lagi aku nak jelaskan, benda tu hanya sekadar pemerhatian aku yang tak seberapa. dan aku yakin masih ramai kipas-kipas susah mati kat luar sana yang lagi baik dari situasi yang aku cakap tu dan terlebih lagi baik dari aku. mungkin korang ada pendapat tersendiri yang nak dikongsikan? kalau ada, buleh la share-share kat sini. aku takde hal punya… positif negatif aku kasi balun semua.

* sebelum 2012 melabuhkan tirai, terasa jugak hati ni nak mengucapkan “Semoga Allah memberkati segala usaha baik kita pada tahun ni… dan mengampunkan segala kesilapan kita yang telah lalu.” dan untuk tahun hadapan…

“SELAMAT MEMUNCULKAN DIRI ANDA… 2013!!!”

Haryz Khairuddin (4)

December 22, 2012

Entiti : Operasi Burung Hantu.

Assalamualaikum peeps. howdy-do?

baru kejap tadi ada kawan blogger aku bukak kisah lama beliau pasal kem kat sekolah lama beliau. ceritanya pasal operasi burung hantu atau menurut beliau Malam Pungguk.

ok… mula kisah.

bila bercakap pasal operasi burung hantu ni, aku teringat balik kisah aku join kem jati diri yang diadakan kat MRSM Serting dulu. (untuk makluman, aku bukan budak MRSM Serting.) memang waktu diberi taklimat untuk program yang diorang dah atur, ada la terselit aktiviti ni sekali. dan kitorang pon memang dah paham sangat-sangat yang aktiviti ni memang antara Aktiviti Wajib Ada dalam setiap kem-kem jati diri yang dianjurkan.

so… lepas seharian kitorang habiskan masa dengan program-program motivasi yang dorang dah sediakan, makanya bermulalah aktiviti yang di‘nanti-nanti’kan tu. waktu nak mula bergerak ke tempat tujuan, barulah ketua fasi bagitau yang tempat kejadian adalah dalam ladang getah yang agak jauh dari MRSM. saja nak buat night walk, menikmati keindahan alam katanya. bila dia dah bagitau camtu, mula la kitorang semua pikir macam-macam dalam otak kitorang. ye la, mana dengan penatnya sebab tak cukup rehat dari siang tadi, tambah pulak dengan cuaca sejuk (sebab kitorang mula gerak dalam pukul 12 lebih)… kan? dan paling bestnya, kitorang langsung tak dibenarkan bawak torch light untuk masuk dalam ladang tu nanti. (siapa bawak kena rampas.)

dipendekkan cerita. bila dah sampai kat ladang tu, barulah ketua fasi tu bagitau apa yang kitorang kena buat dalam tu. mula-mula beberapa fasi akan berterabur masuk dan stay kat certain places. so, kitorang peserta ni kena jerit nombor giliran sekali dengan password. dan password tersebut adalah ‘feeewwiiitttt…’ (macam yang amy search buat tu.) so, bila salah sorang fasi kat dalam ladang tu jerit password tu balik… tugas kitorang adalah mencari lokasi fasi tu untuk lapor diri. dalam gelap gulita ladang tu. (lagi best sebab malam tu dah akhir bulan hijrah. memang tersangat gelaplah tempat tu kan?) bila dah jumpa, kitorang kena la stay dengan fasi-fasi tu dan tunggu bebudak lain.

tu kalau kitorang berjaya jumpa fasi dengan sekali jerit je. kalau tak berjaya, kitorang dibenarkan untuk ulang jerit nombor giliran dan password tu untuk kali kedua. but here comes the tricky part. untuk sesiapa yang jerit kali kedua, makanya fasi-fasi tu akan mula kacau dengan jerit ramai-ramai. biar budak tu keliru nak tuju arah mana. dan waktu ni la bebudak tu mula berkeliaran dalam ladang tu. (tapi alhamdulillah, masih terkawal lagi keadaan kitorang.)

so, bila dah habis kitorang semua masuk dalam ladang tu dan keluar balik dengan selamatnya… maka bergeraklah kitorang pulang ke sarang. dalam perjalanan balik tu barulah ketua fasi bagitau sebab dorang buat macam tu. katanya, waktu kitorang jerit kali pertama… dia kata itulah cara kita tetapkan matlamat hidup kita. biar fokus, penuh semangat dan kita tau arah mana kita nak ikut… berdasarkan keupayaan yang kita ada. tapi bila kita mula jerit kali kedua, waktu tu mula la ada pengacau-pengacau yang nak ganggu kita capai matlamat kita. sebab kita dah mula tak fokus dalam hidup.

secara keseluruhannya, memang seronok kem jati diri tu. banyak input positif yang kitorang dapat. tak lupa jugak kenangan penuh ‘bermakna’ waktu malam operasi burung hantu tu. (walau bukan semua yang merasainya…)

* waktu balik dari aktiviti tu, ada bebudak cakap kat hujung ladang tu ada kubur sebenarnya. tapi tak banyak la. dorang terjumpa pon sebab nak cari fasi kat situ. sebab bebudak tu dengar ada bunyi dari arah situ. tapi kitorang kata mungkin gema kot… sebab ketua fasi tu cakap ‘benda’ tu tak reti sebut password kitorang tu. dan ada gak certain fasi yang cakap dorang memang ada ternampak jugak kubur tu. tapi dorang takde la nak jaga sampai ke situ. Allahu a’lam.

* benda ni jadi kat aku. ada 2 orang budak pompuan pegi pakai sweater kaler cerah malam tu. jadi bila dalam gelap, nampak macam kaler putih je la kan? pastu budak tu pegi duduk kat tepi pokok kecik. memang mula-mula tengok, aku seram kot nak lalu sebelah ‘benda’ tu. tapi pastu bila lama-lama perati, baru perasan tu geng aku sebenarnya. time pegi dekat tu aku bagitau password. dan bila berjawab, kitorang pon duduk la berdua berborak. (time ni aku dah jumpa fasi aku dengan sekali jerit je.) yang lagi sorang budak pakai baju cerah tu sebab tak jumpa-jumpa fasi sampai sudah, dia dok berjalan keliling ladang tu. dah la nampak macam ‘kelibat’ putih bergerak kan?

* sebenarnya ramai jugak yang jerit 2-3 kali sebab tak jumpa fasi dorang. ada tu, siap fasi sendiri buleh lupa budak mana yang patut dorang jaga. padahal jumlah kitorang tak la banyak sangat… dalam 20 lebih je kalau tak silap.

* esok paginya tu kitorang dah nak balik dah. sebab kitorang yang lelaki masuk tidur dalam pukul 4 lebih (tu pon sebab kitorang borak-borak lagi lepas habis operasi tu). dan tempat tidur kitorang tu ekceli sick bay je… kot. kat sebelah dewan makan pulak tu. so bila dah tidur lewat camtu, mana dengan penat seharian berprogram lagi… konfem-konfem la subuh kitorang bukan takat subuh gajah lagi. dah subuh dinosaur dah… kan? makanya dalam pukul 7 lebih kurang dan budak MRSM pon dah ramai turun breakfast, si warden asrama ni pegi ketuk pintu sick bay tu pastu jerit kuat-kuat; “budak-budak! bangun subuh! subuh takde jamak!” bebudak MRSM mana yang dengar memang bantai gelak la dorang. kitorang yang kat dalam ni buat bodoh je. ye la, ngantuk gilak kot. (aku memang tak sedar langsung. kawan aku mana yang terbangun la cerita balik kat aku.)

ok sekian. cerita yang tak seadanya ni. wassalam…

Haryz Khairuddin (2)

December 21, 2012

Nak Berubah Memang Mudah… Tapi Untuk Istiqamah Tu Yang Payah.

Assalamualaikum geng. howdy-do?

dalam semenjak dua menjak kebelakangan ni mood menulis aku tak berapa nak naik ke otak untuk merangsang idea aku berkongsi citer dengan korang semua. padahal otak aku penuh je dengan benda-benda best la kot yang nak aku kongsikan. tapi asal sampai ke saraf tunjang je, semua benda-benda best yang diangkut dalam bentuk ‘impuls’ tu kena road block. asal masuk highway saraf tunjang je, kena tahan. entah apa salah pon aku tak tau la. makanya, jari-jari tangan aku ni pon tak dapat la nak terima impuls tersebut dan hasilnye… tak dapatlah beliau nak menaip entri-entri yang bernas. sebab tu la blog aku tak berupdet. haha… (alasan bukan main lagi. berayat saintifik bagai. padahal malas je pon sebenarnya. muohoho~ ;P)

kadang-kadang bila aku perati balik blog-blog yang ada sekarang ni, aku dapat rasakan sebenarnya hidup ni lebih kurang sama je dengan blog. (dah penulis blog tu pon manusia gamaknya… jadi musti la sama kan?) ye la contohnya, untuk aku create blog aku ni tersangatlah senang. kan? hanya perlukan beberapa langkah mudah… pastu siaplah tempat untuk aku merepek. betul tak? tapi untuk kekalkan kualiti blog aku ni, biar jangan hilang ditelan zaman… rupanya bukan sesuatu yang senang seperti yang disangka. dan nak menarik minat para pembaca untuk tetap seronok dengan tulisan kita… tu pon satu hal jugak. tapi macam kata otai-otai blogger, benda tu mungkin sukar, tapi tak mustahil… kan?

dan bila aku kaitkan pulak dengan manusia, secara peribadinya aku rasakan… kita sudah semustinya buleh berubah. even setiap hari pon kita berubah. tapi untuk kekal dalam perubahan yang baik tu agak sukar. senang kata, untuk istiqamah buat benda baik tu payah sikit… kalau niat atau matlamat perubahan kita tu kurang jelas. pastu semangat tak cukup kuat untuk smash semua bisikan-bisikan jahat yang dibisikkan pada kita dan kurang supporter yang nak tolong tegur kesalahan kita secara berhikmah.

Aku, Musafir. [kredit]

sekian dulu. harapnya korang dapat la sikit input yang bermanfaat hasil dari repekan aku ni. yang selebihnya tu Allahu a’lam.

********

* daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab RA beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

* daripada Aisyah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

* dalam blog pulak, kalau takde reader yang bagi penuh kotak komen dan owner sendiripon tak amik inisiatif untuk upgrade kualiti blog masing-masing… tak guna jugak kan?

* cikgu kompang aku dulu pernah cakap, nak jadi juara tu senang. tapi… nak pertahankan kejuaraan untuk setiap tahun tu yang susah. (jadi, toksah la kita dok bantai harimau malaya sebab kalah hari tu. eheh?)

Haryz Khairuddin sign (5)

December 14, 2012

1.2.34… Alhamdulillah. Harapanku Menukar Domain Terlaksana Sudah.

Assalamualaikum warahmatullah geng.

fine baru-baru ni kan heboh blogger nak tukar domain ke dot my… kan? dan aku merupakan salah sorangnya. aku admit. jadi, ni yang aku nak kabornye… huhu~ sekarang ni domain aku dengan rasminya dah pon bertukar. woot woot~

jadi kepada sesiapa yang dah termasukkan aku dalam bloglist korang (perasan…! bajet ada la kan?), dimohon untuk tukar ke…

http://www.haryzkhairuddin.my

miracle pesanan dari pihak penaja (cik innanie ariffin) : kepada blogger-blogger yang dah dapat 3 – 4 emel dari domreg@mynic.my, dan korang dah follow semua step dalam emel tu (kalau tak paham emel yang mana buleh klik kat sini)… so bulehlah korang terjun pulak dalam sini atau dalam sinun untuk menukar domain korang ke dot my. ada paham murid-murid? (PERHATIAN! tutorial ini hanya untuk pengguna domain blogspot SAHAJA. untuk domain dot com pulak, pihak penaja akan buat tutorial yang lain… kata beliau.)

sekian. majulah blog untuk negara.

********

important lost * aku hampir terlepas peluang keemasan ni. rupanya petang aku register untuk domain dot my ni, pihak penganjur dah hantar semua emel kat atas tu kat aku. dan aku dengan bangganya (ke bangangnya???) pergi delete semua emel tu pulak (sebab folder inbox aku penuh yang amat). nasib baik tergerak hati nak bukak folder ‘sampah’ dan terperasan emel-emel tu. kalau tak, menangis tak berlagu la aku malam ni. muohohoho~

* selamat bertukar ke domain dot my kawan-kawan bloggerku sekalian.

* info tambahan : tarikh hari ni dalam kalendar Hijrah adalah 1 Safar 1434 (1.2.34).

Haryz Khairuddin sign (11)

December 12, 2012

12.12.12 dan Rumah Baruku…???

Assalamualaikum warahmatullah wahai sahabat bloggerku sekalian. eiceh…

dalam diam tak diam, tanggal ‘12.12.12’ memunculkan diri beliau sekali lagi. ‘tarikh berulang terakhir’ yang hadir hanya sekali dalam 100 tahun kata orang ramai. makanya dalam kesempatan berharga sebegini, moleklah apa kiranya aku ingin mengkhaborkan yang tak lama lagi aku bakal berpindah ke rumah baru. woot woot~

hah!? apa!?? pindah rumah baru!!??

Exterior of home with 'for sale' sign in front yardthat’s rite… ni lah rumah baru aku. chantek tak…???

haha… ekceli aku bukan cakap pasal rumah betul pon. (aku mana la mampu lagi nak beli rumah sendiri. sekarang ni pon duduk dalam bilik bawah bumbung je. sobsob~)

sebenarnya baru-baru ni, kawan aku Innanie Ariffin ada promote untuk buat domain sendiri anjuran agensi di bawah MOSTI… bawah program 1MYID. ada 1500 domain yang ditawarkan sampai 25 disember 2012 ni. kiranya sape cepat beliau dapat la kan?

kenapa aku buleh terpikat dengan tawaran bonanza camni? sebabnya… caj untuk tahun pertama adalah PERCUMA!!! dan caj untuk tahun-tahun berikutnya (renewal charges) adalah sebanyak RM20.00 sahaja. tak ke berbaloi-baloi harganya tu?

proud menurut cik Nanie lagi, korang takyah risau pasal coding, widget, bloglist, website iklan dan segala makhluk yang menetap dalam blog korang tu sebab domain baru ni takkan bagi side-efek pada blog korang. dan satu lagi, korang hanya perlu ikut a few simple steps untuk sesi pendaftaran… dan voila! korang dah mampu untuk memiliki domain sendiri. jadi, apa tunggu lagi? daftar sekarang sementara stok masih ada! (sekiranya korang inginkan keterangan lanjut, bulehlah klik di sini dan klik di sinun.)

sekian. tu je yang aku nak kaborkan. hehe…

********

* aku akan updet dari semasa ke semasa pasal link rumah baru aku ni. takut-takut nanti ada yang tak dapat terjah blog aku pulak pasni. (bajet belog retis la sangat!)

* tak salah rasanya nak cuba merasa ada domain sendiri kan? (belum terai belum tau… ye tak?)

* nasib baik la 12.12.12 tak jatuh hujung minggu. kalau tak, ntah berapa banyak la wedding invitation yang korang akan dapat kan? dah la sekarang ni tengah musim cuti sekolah… lagi la?

Haryz Khairuddin sign (9)

December 10, 2012

Perempuan Ni Menipu je Lebih… Ye Ke?

Assalamualaikum peeps. good day to you all. howdy-do?

percaya tak kalau aku cakap yang orang pompuan ni suka menipu? memang kaki kelentong gilak. percaya tak? percaya tak? especially time dorang baru nak keluarkan bahan untuk masak. tak kira la masak lunch ke, dinner ke, even breakfast sekalipon. pernah tak korang dengar orang-orang pompuan akan cakap camni kat depan peti sejuk, “apa eh nak masak hari ni? takde lauk la nak masak?” ada tak?

makanya, kenapa aku katakan mereka-mereka ni penipu? sebabnya…

.

.

.

.

.

.

.

millcafe_onemalaysiafeast [kredit]

bila dah siap, bukan setakat takde lauk. tapi sampai penuh satu meja kata kau. punya banyak la lauk dorang masak. tu dalam kata takde lauk n tak tau nak masak apa tu. (haih… tu baru kata takde lauk. kalau orang pompuan kata banyak lauk nak masak, tak tau la… mungkin kena tambah meja extra kot? lol.)

ok. tu je kerepekan aku siang ni. sekian.

********

* korang jangan salah paham pulak. aku bukan mengutuk tapi respek sebenarnya kat kaum hawa ni. sebab normally, dorang la yang jadi chef kat rumah kan? aku respek sebab semangat nak mengenyangkan orang lain (especially ahli keluarga) tu sangat tinggi dalam diri dorang. dah tu, berusaha pulak bagi memvariasikan lauk yang dimasak setiap hari dan minggu. pergh~!!! memang aku respek abis la kat golongan chef camni. (caranya dengan mentekedarah bagi perabih lauk-lauk tu. huhu)

* ayat feveret ni aku selalu dengar dalam rumah aku. tak tau la korang selalu dengar ke tak kan?

* kadang-kadang kita kat sini sampai tak tau nak makan apa? sebab banyak sangat pilihan makanan yang kita ada. tapi kalau kat negara-negara miskin or tengah berperang tu, sampaikan tak tau apa benda nak makan? (kadang-kadang tikus katak pon dorang bedal je.) makanya, bersyukur la sebanyak-banyaknya dengan rezeki melimpah ruah yang ALLAH SWT dah kurniakan kat kita ni. (peace)

* sekali lagi, entri ni bukan nak kondem golongan chef (tak kira kaum adam atau hawa) kat rumah ye… ekceli ni aku tengah puji sepuji-pujinya kat dorang. (wink wink~)

* sekali sekala buat entri provokatif… tak salah kan? hehe…

Haryz Khairuddin sign (7)

December 8, 2012

Nak Tinggalkan Benda Maksiat Lagi Payah Sebenarnya Daripada Nak Buat Kebaikan…

Assalamualaikum. salam sejahtera jugak diucapkan. biar fair n square.

apa pendapat korang pasal tajuk kat atas tu? adakah korang setuju? ke tak setuju?? atau duduk atas pagar buluh kat tepi sawah yang dimakan beruang panda…??? errr… bincangkan.

bagi pendapat aku sendiri, memang aku takkan nafikan. sebabnya… nak cegah diri dari buat perkara maksiat tu lagi payah sebenarnya dari nak suruh diri buat benda-benda kebaikan. nak pulak kalau-kalau kejahatan yang kita buat tu dah lama berakar umbi dalam diri kita. yang dah sebati dengan darah daging kita. (even yang baru terjebak sekali dua pon dah buleh ketagih, inikan pulak yang dah bertahun berkurun kerjanya… kan?) kiranya, amat sangatlah payahnya nak tinggalkan makhluk planet gundala bernama dosa zaman berzaman tu. perlukan keazaman dan kesabaran yang maha super tinggi lagi kuat la untuk nak halang diri dari terjun masuk balik ke kancah kezaliman tu. kalau setakat niat untuk dapat pahala je memang tak jalan der…

tips hijrah diri

sekian saja short entri yang tak berapa nak short dari aku. untuk sambungan dia, korang buleh terjah artikel ni : Memang Susah, Tapi Kalau Tak Cuba, Tak Tahu!

********

* walau banyak mana sekalipon term yang aku guna, walaupon berbeza-beza bunyik dia, ekceli benda yang aku nak fokuskan sama je.

* kalau ada yang berbesar hati nak sharing is caring tips-tips yang korang rasakan bermanfaat, sila jangan teragak-agak untuk jatuhkan komen anda (please don’t hesitate to drop your comment.)

* syaitan dan nafsu lagi suka kalau kita buat banyak benda baik tapi bajet bagus (baca : ujub, riak, takabbur) daripada tinggalkan satu benda maksiat walau dengan terpaksa. (ni sekadar pendapat aku SAHAJA. sila jatuhkan komen anda juga jika sependapat ataupon tidak sependapat dengan aku.)

* antara amalan anak Adam yang disukai oleh ALLAH SWT adalah amalan yang sedikit tapi istiqamah dan ikhlas keranaNYA.

* kalau niat nak buat benda baik (asalkan ikhlas keranaNYA) pon dah dapat pahala, inikan pulak kalau buat sungguh-sungguh… ye tak?

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin sign (10)

December 5, 2012

Senyum! Tak Perlu Kata Apa Apa

Assalamualaikum warahmatullah geng-geng bas sekolah semua. oh salam sejahtera tak dilupakan juga. hoho…

entri kali ni mood menulis aku lebih mendesak untuk aku mereviu buku. sebenarnya memang dah lama sangat aku nak cerita pasal buku ni. tapi asyik terperap je dalam ‘Drafts’ folder, makanya sampai sekarang ni la baru terusik balik entri ni. (it’s normal for Phlegmatic people to procrastinate. haha…) ok, so now. let’s on with the show…

Smile Irma HasmieSkill . Motivasi . Inspirasi . Luar biasa . Elegan

mungkin ramai yang dah sedia maklum pasal kewujudan buku ni… betul tak? n mungkin jugak lagi ramai yang dah baca buku ni sampai dah khatam berkali-kali. cumanya bagi yang belum tau, ni aku nak kabor sikit. buku bertajuk SMILE setebal 128 muka surat ni adalah hasil karya saudari Irma Hasmie Ibrahim n saudara Zamri Mohamad. buku ni memuatkan pelbagai kisah (ada 16 + 1 kisah sebenarnya) rotibasi motivasi bagi memantapkan sahsiah diri serta memperkasakan peribadi yang diterbitkan oleh PTS Millennia Sdb Bhd. (rasanya cukup la eh intro setakat ni dulu?)

makanya dalam kesempatan kali ni, aku tetiba tergerak hati balik nak berkongsi sikit je komen yang aku dapat dari buku karangan kak irma ni. (nak kongsi banyak-banyak kena la baca sendiri buku ni. muohoho…) antara komen yang dapat aku tangkap muat dari buku SMILE ni adalah… jeng jeng jeng~

inspired1. Tips yang ringkas, padat dan mudah untuk diaplikasikan
kebanyakan tips yang penulis ingin kongsikan adalah senang untuk kita apply dalam kehidupan seharian kita. contohnya, kerap tersenyum (pada masa dan golongan yang sepatutnya… bukannya sepanjang masa macam kerang busuk) dan memberi salam sesama ummat Islam. mungkin bagi sesetengah pihak, perkara ni hanyalah benda simple saja. tapi kadang-kadang, dengan perkara-perkara simple nilah yang membuatkan kita tampil ceria dan berkeyakinan diri sepanjang masa.

read 2. Penyampaian dalam bentuk penceritaan (story-telling)
pada pendapat aku, cara ni merupakan antara daya penarik untuk para pembaca lebih menghayati kisah-kisah yang terkandung di dalam buku ni. olahan kisah dalam bentuk ‘story-telling’ mampu membuatkan para pembaca lebih memahami tips-tips yang ingin disampaikan oleh penulis berbanding penulisan karangan berbentuk ‘monotonous’ yang biasanya terdapat di pasaran sekarang. (nak tau apa tu monotonous, sila la tanya makcik gugel.)

3. Kit tindakan disediakan di akhir halaman setiap kisah
bagi memudahkan para pembaca mengaplikasikan setiap tips yang mereka perolehi, penulis telah menyediakan kit tindakan di akhir halaman setiap kisah yang dipaparkan. halaman ini bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang tips yang bakal para pembaca aplikasikan dalam kehidupan mereka.

writing 4. Gaya bahasa yang formal tetapi mudah difahami
mungkin bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab dan pihak penerbitan sendiri, gaya bahasa yang formal (bahasa baku) telah diguna pakai dalam penghasilan buku ni. (bagi aku, agak slack sikit mood membaca aku sebab penulisan dia terlampau agak skema. buatkan aku kurang feel untuk baca buku ni. sekadar baca untuk aku korek semua rahsia ilmu yang penulis cuba sampaikan.)

rasanya cukup la dulu sesi mereviu buku untuk kali ini. in shaa Allah, lain kali bila aku dah habis baca buku lain aku buat sesi reviu lagi. sekian, terima kasih.

********

* antara buku yang aku tengok sekali terus terpikat di hati. memang tak menghampakan untuk dimiliki… (bagi aku la. evendoh gaya penulisan dia yang skema sangat. tapi still berbaloi untuk dimiliki.)

* reviu aku ni takde dapat apa-apa royalti dari pihak penulis dan bukannya reviu rasmi untuk buku ni. aku hanya sekadar berkongsi info semata-mata. n kalau ada komen-komen negatif, harap maaf. tu sekadar pendapat aku saja. (no heart feeling.) huhu…

* finally…! akhirnya… berjaya jugak aku siapkan entri aku ni. hoho… (tepuk tangan ramai-ramai.)

Haryz Khairuddin sign (5)

November 26, 2012

Film Review : Rise of the Guardians (3D)

Assalamualaikum. n howdy-do geng…?

minggu lepas, otak aku sebenarnya tak berapa nak betul sikit. (bukan hari-hari ke otak kau tak betul?) ada short circuit or fius terbakar rasanya kat celah-celah otak aku tu. (nauzubillah… aku tak mintak.) sebab tu la aku tak berapa nak updet sangat  blog aku. (hohoho… lame excuse.)

tapi berjaya dibetulkan balik bila my cute, adorable n beloved sister ajak tengok wayang ari wiken ari tu. aku pon tanpa berfikir terus set je dengan idea tu. cerita kartun Rise of the Guardians yang jadi pilihan. sebabnya, cerita kartun tak memberatkan otak aku n sesuai ditonton oleh semua peringkat hieraki masyarakat. (ayat nak gempak…) tak caya cuba try test masuk tengok cerita ni. dari sekecik-kecik budak sampaikan setua-tua pakcik makcik pon ada yang join tengok.

Rise of the Guardians Rise of the Guardians (3D)

ceritanya berkisarkan watak-watak lagenda Barat yang menjadi kepercayaan masyarakat Eropah. dan untuk menambahkan perisa dalam cerita ni, mustilah ada watak baik n watak jahat kan? so… watak jahatnya dipegang oleh Pitch Black a.k.a Boogeyman. (sebab gambar beliau takde dalam poster.) misi beliau… cuba menawan dunia (omputih kan? tak abis-abis nak tawan dunia je…) dengan memasukkan ketakutan dalam hidup bebudak n nightmare waktu mereka tidur. (kenapa bebudak? hah… yang tu korang kena la tengok sendiri.) makanya, tugas wira-wira lagenda kepercayaan bebudak ni adalah untuk menghalang niat ‘murni’ Pitch Black tersebut. (nak tau lebih detail, korang buleh baca kat SINI)

dan yang lebih menariknya lagi, bila cerita ni aku tengok dalam 3D. sebabnya… efek-efek beliau sangatlah real. n gempak! (mungkin bagi aku je la kan… sebab bila ada salji berterbangan memang nampak 1 hall penuh dengan benda tu. tu baru satu. ada banyak lagi efek beliau.) kiranya, tak membazir la duit aku (padahal kakak aku yang sponsor… haha) untuk tengok cerita ni dalam 3D. memang tak menguciwakan hati aku.

overall rating : 8 / 10

********

* dah lama tak buat review filem. tapi citer ni memang aku enjoy sesangat. rasa macam nak tengok balik je. (tapi beli DVD je la. sebab tak puas kalau nak tengok ulang-ulang nanti.)

* watak paling aku suka dalam cerita ni… Sandman. evendoh beliau bisu, tapi cute gilak.

Haryz Khairuddin sign (11)

November 20, 2012

Penjelasan Isu Kalimah In Shaa Allah – Imam Muda Fakhrul

Assalamualaikum.

rasanya semua dah sedia maklum berkenaan isu kalimah “In Shaa Allah” yang ditimbulkan oleh Dr. Zakir Naik, dan tersebar luasnya informasi tersebut… kan? (sampaikan aku sendiripon terbuat jugak entri pasal ni. tapi harap maaf, pihak penganjur terpaksa menarik balik entri tersebut atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan).

makanya… bagi menambahkan lagi kepastian aku mengenai isu tersebut, pihak penganjur (iaitu aku sendiri) telah bertanyakan isu tersebut kepada Imam Muda Fakhrul. dan inilah ulasan beliau mengenai isu tersebut. harap maklum.

Ulasan Imam Muda Fakhrul

ada jugak rakan blogger yang menulis penjelasan yang dikemukakan oleh saudara Hilal Asyraf (klik sini).

selepas mendapat penjelasan dari beliau, bagi diri aku (sekarang ni), dalam kita membahaskan isu isu berkaitan agama Islam, benda utama yang perlu dititikberatkan adalah;

1. adakah isu tersebut menyentuh prinsip akidah di kalangan ummat Islam?

2. adakah isu tersebut menyentuh perkara khilaf di kalangan ummat Islam?

“Utamakan Yang Lebih Utama.” utamakan kesatuan di kalangan ummat. fokuskan perhatian kita sekarang ni pada isu isu yang lebih meruncingkan dunia Islam. jangan hanya disebabkan perkara perkara khilafiyah menjadikan kita ummat yang berpecah belah… yang menyebabkan musuh musuh Islam bertepuk tangan dan bersorak gembira melihatkan perpecahan kita.

ayuh…! bangkitlah kembali menjadi ummah yang bersatu padu di bawah panji panji Islam. elakkan persengketaan. hentikan perbalahan. singkirkan permusuhan di kalangan ummat Islam. dan berlapang dadalah terhadap perkara perkara khilafiyah. semoga ummat Islam muncul sekali lagi menjadi ummat yang berkualiti, yang bersatu padu, yang berkasih sayang dan saling menghormati di kalangan mereka tetapi sentiasa digeruni oleh puak kuffar yang memusuhi mereka.

sekian.

********

* sekadar peringatan buat diri aku sendiri… yang kadang kadang terleka sehingga memperdebatkan perkara perkara khilafiyah di kalangan sahabat sahabat aku.

* perkara utama yang perlu kita fokuskan buat masa sekarang adalah mengislahkan (mentransformasikan) diri kita ke arah kesempurnaan akidah Islam kita sendiri terlebih dahulu, dan dalam waktu yang sama membantu saudara saudara seakidah di seluruh dunia yang tengah berjihad fi sabilillah memerangi musuh musuh mereka.

save gaza by langitilahi

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin sign (8)

November 19, 2012

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih

Assalamualaikum geng bas sekolah sekalian… oh hoiiii~ tetiba pulak kan???

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih link entri (klik sinun)

hahaha… dah lama aku tak join segmen megmen terbitan para blogger coropration camni kan. makanya malam ni, dalam aku tengah cuba membunuh kebohsanan tahap maha dewa kaiou yang sedang memuncak… aku dengan rela hatinya telah men‘join’kan diri dalam segmen tajaan Emas Putih Sdn Bhd ni. jangan main main. emas putih tu. (apa kaitan…???)

syarat penyertaan dia mudah sangat. buleh tinjau tinjau dalam blog beliau sendiri. dan yang paling penting tarikh tutupnya adalah pada… :

26.11.2012 / 11.59pm

sekian.

Haryz Khairuddin sign (5)

November 14, 2012

Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H…

Assalamualaikum warahmatullah geng.

hijrah suatu perjuanganhasil nukilan oleh saudara Haris Khairuddin

memang di zaman Rasulullah SAW tak disambut awal muharram. tapi para sahabat radhiallahu anhum setiap masa mereka berhijrah. sepanjang waktu berusaha memperbaiki diri masing-masing… dari keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik. setiap hari. setiap masa. mereka tak pernah menunggu awal tahun untuk meletakkan azam yang baru. mereka tak pernah menunggu masa yang sesuai untuk berubah. dan mereka tak pernah jemu dan penat untuk menghijrahkan diri mereka ke arah kebaikan.

makanya, tunggu apa lagi wahai kawan. hijrahkanlah jugak diri kita ke arah kebaikan. hijrahkanlah diri kita ke arah kemenangan. jangan sekadar ditunggu datangnya seru untuk kita berubah. jangan hanya menunggu masa yang sesuai untuk kita mulakan perubahan. berubahlah hari ini. berhijrahlah sekarang! kerna kita hanya punya masa sekarang untuk kita melakukan perubahan terhadap diri kita. hidup kita.

semalam pastinya telah berlalu. esok belum pasti akan tiba. hanya masa sekarang yang kita miliki untuk berubah. jadi… ayuh kita berubah. mari kita berhijrah…! semoga penghijrahan kita mendapat barakah dan redha Ilahi… insya Allah.

*********

* orang yang pertama-tama aku tujukan kata-kata ni tak lain dan tak bukan is to myself. diri aku sendiri. sorang makhluk yang selalu buat silap, yang tak mungkin sempurna… dan yang sentiasa malas. so kena la aku berhijrah dari sifat yang super malas kepada kurang malas. hohoho~

* Abdullah ibn Mas'ud RA berkata, “Aku tidak pernah menyesali sesuatu sepertimana penyesalanku apabila terbenamnya matahari yang mengurangkan umurku sedangkan amalanku tidak bertambah.”

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin sign (3)

November 10, 2012

Ni Kain Apa Kau Bagi Aku Ni…???

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat berhujung minggu kawan-kawanku sekalian.

apa plan cuti hujung minggu korang kali ni? ada sesapa ke yang akan sambung cuti sampai minggu depan? ye la… dah minggu depan kerja pon 3 hari je kan? so… alang2 dah camtu, baik cuti panjang terus kan? kan? (kenyataan ini hanya tertakluk kepada pekerja-pekerja sahaja. kepada bebudak sekolah dan chekgu-chekgi, korang memang tengah cuti kan sekarang ni? so, jangan lupa penuhi cuti korang dengan kem-kem motivasi.) muohohoho.

untuk pembuka tirai cuti ‘panjang’ korang kali ni, aku nak kisahkan satu lawak dari kawan aku. entah la… aku pon tak berapa sure nak kata benda ni lawak ke tak? so… pandai2 la korang nilai sendiri ye. ayuh~

kain apa ni kapan = kafan

siyesly, kalau korang berdepan dengan kawan camni… apa reaksi korang? adakah buleh dipanggil lawak biasa? atau lawak sentap? ataupon lawak mintak penerajang? ke acaner? cer kabor?

sekian, wassalam.

********

* rumet aku time kat sekolah asrama dulu memang suka tido pakai selimut putih, pastu tutup sampai ke muka (abis kelubung satu badan). lagi best katil dia pulak betul2 sebelah pintu. (kira bukak2 pintu je memang nampak katil dia dulu). so, cuba korang bayangkan kalau ada member yang masuk bilik kitorang tengah2 malam… apa first reaction dorang?

* aku sekarang ni pon suka tido pakai selimut putih. (ekceli aku ‘curik’ kain ihram ayah aku. dia ada 4 helai… jadi, aku amik la 1.) rasa tenang je bila tido. tapi takde la sampai tutup muka. nanti tak bernafas pulak aku. hoho…

* aku ada habit akan panggil semua kain putih yang aku pegang as ‘kain kafan’. ntah la… rasa kelakar lak bila cakap camtu. tapi… ramai tak gemar lawak camtu. so, rasanya kena buang tabiat ni. mungkin terpengaruh dengan kawan aku tu tak? hahaha…

Haryz Khairuddin sign (2)

October 22, 2012

Honeydew Bukan Tembikai Susu… Betul Tak?

Assalamualaikum geng bas sekolah semua.

salah ke tajuk aku tu? salah ke? apa kata survey? apa kata korang semua? salah ke betul? kalau bagi aku, memang tak salah pon… tapi tu kalau korang baca sampai abis la entri aku ni.

citer yang aku nak kabor ni pasal pengalaman aku beberapa tahun lepas sewaktu berkunjung ke sebuah restoran mamak untuk dinner.

lokasi kejadian : kedai mamak area universiti aku.
pelakon
pelakon tambahan
:
:
aku dan mamak waiter amik order.
member aku.
     
aku : (angkat tangan. sorang waiter datang ke meja nak amik order. member aku order dulu. lepas beliau abis order, tibalah giliran aku mengorder pulak…)
boss. kasi saya nasi goreng pattaya satu. air bagi honeydew juice sama air suam.
waiter : sori boss. air apa?
aku : ho-ney-dew-sa-tu.
(sebutir-sebutir aku sebut dengan suara yang agak kuat, jelas dan terang. kira hukum izhar halqi gamaknye. kasi betul-betul loud n clear kat gegendang telinga beliau.)
(‘mungkin orang baru kot…’ pikir aku.)
waiter : (sambil buat muka pelik n dahi berkerut.)
honeydew tu apa?
aku : (“bangkai… takkan honeydew pon taktau? ko duduk planet mana sebelum ni?” kata hati aku dengan geram. dah la tengah lapar masa tu.)
ala… honeydew? takkan tak tau?
waiter : (buat muka serius konfius taktau benda pelik apa aku mintak sambil buat muka untuk aku jelaskan.)
aku : (fine!) tembikai susu tau?
waiter : (si waiter angguk kepala tanda tau… atau purak-purak tau.)
aku : ok. bagi satu.
waiter : (lepas siap amik order, terus blah dengan sepantas kilat dari meja kitorang.)

here comes the best part. order kitorang pon sampai lepas beberapa purnama menunggu. (gila hiperbola sungguh…) tiba-tiba bila si waiter tu letak air aku, aku dah mula konfius… abis beliau letak semua order kitorang, beliau blah cepat-cepat.

aku masih lagi tergamam tengok air aku tu. kenapa tergamam? cuba korang ingat balik air apa yang aku mintak tadi??? air honeydew atau dalam bahasa melayunya tembikai susu… kan? tapi kat depan mata aku tu air…

.

.

.

.

.

tembikai   susu air tembikai + susu pekat manis lemak berkrim disukai ramai

memang la beliau letak air tembikai susu. tapi TEMBIKAI + SUSU. gila apa dorang ni? nak termuntah aku minum. (memang tak abis la aku minum air tu. lain la kalau aku nak kena diabetes di usia muda remaja… kan?) cumanya… kalau korang nak try jugak rasa kelazatan dan keenakan air ‘tembikai susu’ tu, korang buleh la buat segelas. (apa-apa side efek, korang tanggung sendiri. aku tak terlibat. muahahaha…)

memang lepas dari peristiwa tu, aku tak order dah air honeydew a.k.a tembikai susu dari kedai mamak lagi. tobat aku… dah la pekat, likat, melekat… tapi manis yang amat. blueerrkk… (muntah hijau + merah)

Haryz Khairuddin sign (7)

October 18, 2012

Orang Kata Kucing Jantan 3 Warna Susah Nak Jumpa. Betul Ke…???

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

malam-malam jumat macam ni korang tengah buat apa? (selain dari blogwalking) dah la tengah hujan lebat siap petir dentam-dentum lagi kat tempat aku ni. seronoknya la kan kalau baring-baring n guling-guling atas katil. nak pulak kalau ada katil king size. pergh…! musti syiok kan? hohoh…

(ok. dah fokus balik.) beberapa hari lepas, aku terbaca satu artikel pasal kucing jantan 3 warna. menurut sumber beliau, spesies kucing jantan macam ni sangat rare… sebab hanya 1:3000 je kat dunia ni. wallahu a’lam. (untuk mengetahui cerita selanjutnya sila klik di sini)

makanya, persoalan aku sekarang ni… adakah kucing jantan di rumah aku tu jugak termasuk dalam kategori spesies kucing jantan yang rare ini? adakah benar begitu…? atau sekadar suatu mitos di malam jumaat yang sedang dilanda hujan…?

kucing jantan 3 warna 1

inilah kucing jantan rumah aku. kitorang dah check dah. memang konfem kucing jantan. tiada keraguan padanya. cumanya, nama beliau unik sikit. tak macam nama kucing-kucing jantan lain. nama tu dipilih pon lepas dapat persetujuan dari beliau sendiri. panggil nama lain tobat taknak pandang. jeling pon tak. tapi bila kitorang panggil… eeerrrmmm… nak kena cakap ke…? kesian la nanti beliau kena gelak. kitorang panggil… eeerrrmmm… kitorang panggil…

.

.

.

.

.

kucing jantan 3 warna 2Baby, pandang la kamera ni. nak amik gambar jap…”

itulah nama beliau. memang unik lagi pelik kan nama beliau untuk sekor kucing jantan? abis tu dah nama lain semua beliau tak suka. nak buat lagu mana? tapi kadang-kadang bila kitorang dah geram sebab beliau suka sangat mencakar, dari ‘baby’ bertukar menjadi ‘ba**’. (maunya tak geram… sakit woo beliau gigit + cakar. beliau ingat tangan n kaki kitorang ni daging panggang ke?)

makanya, adakah beliau jugak termasuk dalam kategori spesies kucing jantan yang rare? (walaupon nama beliau sangat rare untuk kucing jantan. itu sudah semustinya…)

sekian.

********

* yang menyakitkan hati pasal kucing aku ni, beliau tersangatlah garangnya. pandang diusik sikit, pantang tersentuh sikit, asyik nak menggigit je kerjanya. tak buleh nak bermanja langsung, memang kena cakar n gigit la jawabnya. kekadang tu tak usik pon beliau, tetiba je beliau datang serang kitorang. (tapi kalau ada tetamu datang melawat, pandai pulak beliau berkelakuan baik. tidur je sampai dorang tu balik. pandai berpurak-purak. ‘bertuah’ punya kucing…)

* tapi beliau jugak adalah sekor kucing yang pembersih. pantang kalau kitorang cakap beliau busuk or kotor, musti beliau akan jilat badan beliau. bersih ke tak wallahu a’lam.

Haryz Khairuddin sign (3)

October 14, 2012

Mak Mertua Saya, Mak Awak La…

Assalamualaikum geng…

idea untuk entri aku ni sebenarnya terilham dalam kepala otak aku lepas aku penat berjalan-jalan di blog Aesya Zealous yang femes ames tu? takkan korang tak kenal kot…? ala… cikgu howt yang jadi kegilaan budak-budak sekolah tempat beliau mengajar tu. (mampos aku kalau beliau terbaca. hohoho…)

ok. cerita ni dah lama berlaku. pasal sepasang suami isteri yang tengah berjalan-jalan kat ibu kota. si isteri nampaknye memang tengah bengang gilak dengan si suami… mungkin sebab asyik buat lawak bangang & cakap menyakitkan hati je. si suami pulak asyik tergelak je tengok muka masam mencuka non-stop si isteri. entah camne, tetiba si suami terperasan dan ternampak la sorang nenek India tengah berjalan depan dorang. dalam kepala otak si suami yang ‘terlebih’ cerdik tu pon timbul la idea nak troll si isteri lagi.

strip 1

strip 2

memang nasib kau la kan si suami? sape suruh kacau si isteri yang tengah bad mood. kan lawak dah makan diri sendiri balik… dan aku perasan si anak dok gelak sakan kat si bapak. kalau aku pon konfem aku gelak guling-guling macam bola boling atas jalan tu. muahahahaha~

********

* tapi bila aku teringat balik peristiwa tu, musti aku akan tergelak sorang-sorang.

* entri asal : kaulah kawan baik aku !

* entri ni takde kaitan dengan sedare-mara, mahupon ahli keluarga aku. kalau ada pon, mungkin berlaku secara tak sengaja. dan takde niat aku nak menghina mana-mana kaum ataupon bangsa.

Haryz Khairuddin sign (8)

October 10, 2012

Antara Haiwan Peliharaan Yang Aku Idam-Idamkan…

Assalamualaikum geng… tengah buat apa malam-malam camni? dah la tengah hujan kat tempat aku ni. haih… syoknya la tido malam ni nanti.

ok sebelum tido, aku berhajat nak update blog aku dulu. baru la nanti dapat tido dengan tenang dan lenanya. insya ALLAH… sesuai dengan tajuk kat atas tu, malam ni aku nak citer pasal haiwan-haiwan peliharaan yang aku minat sangat nak bela. dan sebelum aku terlupa, idea untuk entri ni aku ‘curik’ dari blog cEro (klik sini).

bercakap soal haiwan peliharaan atau dalam bahasa omputihnya dipanggil wonder ‘pets’… rasa-rasanye korang semua konfem dah tau apa kebendanya tu kan? jadi, takyah la aku nak mukadimah panjang-lebar ye tak? baik aku terus straight to the point je.

ok. antara banyak-banyak haiwan yang ada kat atas muka bumi ni sama ada yang nyata ataupon khayalan semata-mata, ada beberapa ekor haiwan yang aku berminat sangat-sangat nak bela.

1. Panda Bear

panda bear ntah kenapa bagi aku, panda ni antara haiwan paling cute yang masih wujud kat dunia ni. mungkin disebabkan mata ‘bengkak’ dorang tu. hurm… mungkin jugak. dan bila aku tengok je panda, aku musti teringat citer Kung Fu Panda. (kalau la buleh culik panda ni dari negeri China, memang dah lama aku culik. tapi bila mengenangkan kos sara hidup beliau… terpaksa la aku lupakan niat murni aku tu.)

2. Majestic Eagle

Majestic Eagle helang ni melambangkan keberanian dan kebebasan. cuba korang bayangkan, ada ke burung lain yang mampu terbang seiring dengan helang yang hebat ni kat angkasa raya atas sana nun? takde kan…

dan korang tau tak sebenarnya jangka hayat dan kitaran hidup sekor burung helang menyamai kitaran hidup sorang manusia? dan dorang dapat hidup lebih kurang sampai 70 tahun. (tak ke lebih kurang umur manusia je?) dan satu lagi, mungkin sebab maskot kat kolej kediaman aku dulu pon helang jugak. jadinye, semangat helang tu dah sebati dalam hidup aku. ceywah…

3. Kurama, The Nine-Tailed Demon Fox

nine tailed demon fox ok, aku dah start merepek dah. muahahaa~ tapi, cuba bayangkan… korang dapat jinakkan haiwan yang paling ganas, yang paling kuat, yang paling rare dan yang mempunyai infinity amount of chatora chakra berbanding tailed beasts yang lain? tak ke seronok rasanya hidup? dapat create macam-macam jutsu yang bombastik tapi chakra tak pernah habis. (dah masuk cerita Naruto pulak dah… bila la kau nak insap ni?)

memang la orang kata ‘with great power, comes great responsibility’ kan? dan hidup kau akan dikutuk sepanjang hayat. you’ll live a cursed life. but, try to think on the bright side. dengan jumlah chakra yang tak terhingga, ditambah pulak dengan mata mangekyou sharingan dan rinnegan (macam dalam entri lepas)… pergh! korang buleh bayangkan tak macam mana super ohsemnya kehebatan korang tu nanti? (mau kalah Tobi dan Uchiha Madara macam ni. hahaha… jauh merepek aku ni.)

dan bercakap pasal perangai kyubi yang garang dan buas ni, aku rasa dengan menggunakan mata sharingan tugas menjinakkan beliau takde la sesusah mana pon… betul tak?

4. Toothless (The Night Fury)

toothless the night fury ni lagi sekor haiwan imaginary yang aku nak bela… sangat-sangat. sekor naga. dan dalam banyak-banyak naga yang aku pernah tengok dalam movie, aku rasa Toothless berada di kedudukan teratas carta hati aku. eiceh… tak tahu Toothless tu sape? baik korang pegi tengok balik citer ‘How To Train Your Dragon’. nanti baru korang tau… ok?

sebabnya aku nak bela beliau? beliau antara naga paling cute dan paling manja pernah aku tengok dalam movie. (kalau luar movie tu memang tipu la kan? mana ada naga hidup zaman sekarang ni? kecualilah orang yang lahir dalam tahun naga tu adalah. yang berperut buncit sebab Naga Api lemas yang dalam air… huhu.) dan kehebatan beliau pon memang ohsem jugak. dalam cerita tu, kiranya takde naga lain yang buleh lawan kelajuan dan kuasa serangan beliau. (sampai big boss pon buleh kalah cakap kau…)

dan aku rasa seronok kalau dapat tunggang sekor naga untuk naik terbang ke langit biru dan menggapai awan nano-nano. rasa macam bebas sangat hidup ni.

5. Pikachu

Pikachuhaiwan terakhir yang aku nak bela adalah Pikachu. aku tak kisah la orang nak kata aku apa pon. nak label aku macam-macam. tapi sejak aku tengok citer Pokemon dulu, memang aku tersangat minat dengan watak Pikachu ni. Pikachu yang pada mula ceritanya adalah sekor Pokemon yang liar dan tak mendengar kata. tapi disebabkan suatu peristiwa yang menyentuh hati beliau, akhirnya beliau menjadi antara Pokemon yang paling hebat, yang super cute dan jugak sahabat terbaik untuk tuan beliau.

dan kalau betul la Pikachu ni merupakan sekor tikus, maka beliau la tikus paling super cute pernah aku tengok. yang aku takkan geli kalau nak pegang. (macam la buleh pegang pon? berangan memanjang je la kau ni…)

ok sekian dulu halusinasi aku untuk malam ni. sampai ketemu lagi.

********

* evendoh aku tau haiwan-haiwan ni tak semuanya wujud, tapi tak salah kan kita nak berfantasi sekejap. seronok apa kalau betul-betul dapat pelihara semua haiwan ni serentak?

* dan korang pon buleh kongsikan haiwan apa yang korang nak pelihara. pilih la dalam 5 ke 6 ekor haiwan. yang merepek pon tak kisah… pastu buat satu entri pasal haiwan-haiwan tu. nanti buleh aku terjah blog korang. amacam?

Haryz Khairuddin sign (10)

October 9, 2012

Karnival Raudhah Di Hatiku TV9.

Assalamualaikum…

korang pernah dengar pasal Karnival Raudhah di Hatiku tak? anjuran TV9?

raudhah di hatiku masjid as salam

so… geng, sape2 yang duduk area Puchong dan yang sewaktu dengannya… or even yang jauh dari kawasan Puchong. jom la ramai2 kita meriahkan Karnival Raudhah Di Hatiku anjuran TV9 ni. ada banyak aktiviti menarik (menurut kata mereka) yang disediakan. karnival berrmula dari jam 8.00pagi sampai 6.00 petang.

sekian.

********

* ini adalah iklan TIDAK berbayar dan TIDAK rasmi untuk program karnival ni. sebarang pertanyaan sila rujuk laman rasmi TV9. dan sebarang kesilapan maklumat harap maaf dari pihak tuan tanah blog ni.

* aku promote ni pon saje je… sebab aku duduk area2 Puchong Perdana tu jugak. so, meh la datang ramai2. mana la tau buleh terserempak dengan korang kat karnival tu nanti. (hope aku tak pakai topeng je la…)

* tetiba tergerak hati nak promote pasal karnival raudhah di hatiku ni. entah angin apa aku malam ni.

Haryz Khairuddin sign (11)

October 6, 2012

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali.

Assalamualaikum…

familiar dengan pepatah ni? pernah dengar sebelum ni?? takkan tak pernah kot??? aku yakin musti semua orang pernah dengar pepatah ni yang disampaikan sejak dari zaman berzaman lagi kan? yang tak pernah tu, sebelum teruskan membaca entri ni ada baiknya pergi tanya dengan mak ayah dulu… pastu baru datang sambung balik baca. hoho… takde, gurau malam sabtu je.

kenapa kita disuruh buat baik berpada-pada? sebabnya… akan ada orang yang suka amik kesempatan atas kebaikan kita.

dan kenapa kita dilarang untuk buat jahat? sebabnya… orang akan ingat sampai mati kesalahan / kejahatan kita tu. tak cukup dengan tu, orang akan canang satu kampung perangai buruk kita tu.

Haryz Khairuddin sign (9)

September 29, 2012

Antara Super Power Yang Aku Idamkan. Tapi Bukannya Kopi Super Power Tu.

Assalamualaikum… geng bas sekolah semua.

tadi tengah syok2 blogwalking… sekali tu terjumpa satu lagi blog kartun terbaru. nama blog beliau adalah are You a cErolian? (kalau salah tolong sesiapa betulkan? arigato) dan dalam entri terbaru beliau, ada dimuatkan kisah 6 super power yang beliau idam-idamkan. (klik sini)

jadi, bercakap soal super power ni… aku rasa semua orang musti ada cita-cita kan? if only this thing really exist. same goes to me. so… to make things short, aku nak perkenalkan beberapa super power yang aku idamkan dalam hidup aku.

1. Invisibility a.k.a halimunan. (hehehe… drooling.)

invisible manamat berguna time-time kritikal… di mana aku terpaksa bersembunyi dari ah long ceti haram. dalam masa yang sama dapat keluar jalan2 tanpa rasa takut ditangkap. hahaha~ (sesiapa yang dapat nampak orang dalam gambar tu maknanya korang pon ada kuasa invisible. huhu…)

2. Mata Mangekyou Sharingan & Rinnegan (nasib baik mata ada dua je. kalau ada tiga, dengan Byakugan aku nak sekali.)

obito sharingan & rinnegansesiape yang ada kedua-dua jenis mata ni kira dah tahap unbeatable lagi. (ye ke?) dan aku mampu meniru semua teknik dalam dunia ni. termasuk jugak dapat meniru semasa exam tanpa dikesan. muahahaha…

3. Kage Bunshin No Jutsu (di mana pilihan bukan lagi satu keperluan…)

kage bunshin no jutsubila tersekat dalam multiple choices scenarios, aku hanya perlu summon klon-klon aku untuk buat semua kerja tu. jadi, tak perlu pening kepala pikirkan pasal ‘opportunity cost’.

op·por·tu·ni·ty cost

Noun : The loss of potential gain from other alternatives when one alternative is chosen.

4. Self-Healing (sama ada macam Claire Bennet or Tsunade-sama)

senang, kalau luka ke cedera parah ke… teruk otomatik buleh heal diri sendiri. takyah kecoh2 nak carik hospital. jimat kos perubatan. (gambar tak disertakan sebab tak jumpa yang sesuai.)

.

.

.

.

.

ekceli ada banyak lagi… tapi tak elok la tamak2 sangat kan? kalau buleh aku nak ada kuasa psychic a.k.a telekinesis macam Jean Grey a.k.a Phoenix. pastu ada kuasa terbang or dapat teleport untuk memudahkan aku mengembara ke seluruh dunia tanpa perlu risau kos pengangkutan. and banyak lagi…

nanti ada masa, aku kasi story sampai habis. cuma setakat ni, memang 4 kuasa ni yang aku paling suka. sama ada kuasa yang memang semula jadi dah ada atau yang kena belajar, yang penting keempat-empat kuasa tu memang awesome!!!

sekian.

********

* tapi bila difikir-fikirkan balik… itu semua hanyalah dongengan purba kala, makanya aku pon kembalilah berpijak ke bumi yang nyata. mana mungkin ada super power dalam dunia ni… kan?

* kita semua adalah istimewa dan hebat… dengan cara yang tersendiri. sama ada kita nak kembangkan kehebatan tu atau tak, itu semua terpulang pada diri sendiri.

Haryz Khairuddin sign (5)